.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
(1).jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
(1).jpg)

Ruangan yang wajib diisi
Lebih 3,000 hartanah lelong sedang aktif di BidNow sahaja, ada yang ditanda sehingga 38% bawah nilai pasaran. Dalam 2 hari, Erman Taib, pelelong berlesen, bersama pasukan Lubuk Rumah Lelong dan BidNow tunjuk cara mencari, menyemak dan membida rumah lelong pertama anda dengan yakin.
Bank melelong hartanah untuk mendapatkan semula pinjaman, bukan untuk untung maksimum. Di situlah ruang untuk pembeli yang bersedia.
Masuk pasaran hartanah pada harga yang lebih munasabah.
Kos masuk lebih rendah, ruang aliran tunai lebih besar.
Bina modal untuk hartanah seterusnya dalam portfolio anda.
“Menang bida, tapi loan tak lulus.”
Deposit dibayar sebelum bida. Jika baki tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, deposit itu boleh hangus.
Diajar dalam Modul 2“Ada kaveat dan sekatan yang saya tak perasan.”
Isu hak milik, kaveat persendirian dan baki tempoh pajakan boleh menyekat pindah milik atau pembiayaan.
Diajar dalam Modul 3“Tunggakan rupanya jadi tanggungan saya.”
Yuran penyelenggaraan, cukai tanah dan bil tertunggak boleh berpindah kepada pembeli, bergantung pada syarat jualan.
Diajar dalam Modul 3 & 6“Masih ada orang duduk di dalam rumah.”
Pengosongan perlu melalui proses undang-undang yang mengambil masa dan kos. Ia perlu dikira sebelum membida.
Diajar dalam Modul 3 & 4“Tak boleh tengok dalam rumah langsung.”
Kebanyakan hartanah lelong tidak boleh dilawati. Pembeli perlu tahu cara menilai risiko dan kos baik pulih dari luar.
Diajar dalam Modul 4 & 6Semua risiko ini boleh disemak sebelum hari lelong.
Itulah yang anda latih selama dua hari: semak, kira, kemudian baru putuskan sama ada mahu bida atau tarik diri.
Tempah Tempat Saya →Masalahnya bukan pada rumah lelong. Masalahnya, ramai yang membida tanpa sistem semakan. Itulah yang anda bina dalam masterclass ini.
Ilustrasi sahaja. Kadar penurunan sebenar ditentukan oleh pihak penjual dan berbeza bagi setiap hartanah.
Lazimnya harga rizab diturunkan sekitar 10% bagi setiap pusingan lelongan. Pembeli yang faham corak ini tahu bila patut bida, dan bila patut tunggu.
Tapi murah belum tentu berbaloi. Harga rizab RM450k untuk rumah bernilai pasaran RM460k bukan tawaran yang menarik setelah ditolak kos guaman, duti setem dan baik pulih. Anda akan belajar mengira sendiri.
Deposit yang hangus kerana tersilap langkah ialah “harga ilmu” yang paling mahal. Contoh pengiraan sahaja; kadar deposit tertakluk kepada syarat jualan.
Lebih 3,000 hartanah lelong aktif di BidNow. Dalam kelas, anda belajar membaca setiap angka dan label ini.
Persaingan boleh menolak harga melepasi rizab. Tanpa harga siling, mudah terbawa emosi.
Hartanah yang berulang kali tidak terjual biasanya turun harga rizab. Tetapi kenapa ia tidak laku?
Jenis lelongan menentukan dokumen, deposit dan tempoh bayaran baki. Anda perlu tahu bezanya.
Tangkapan skrin daripada bidnow.my untuk tujuan pendidikan. BMV = Below Market Value, mengikut label platform.
Satu senario ilustrasi, lengkap dengan kos yang ramai terlupa.
Deposit 10% dibayar semasa lelongan.
Pembiayaan bank atau tunai, dalam tempoh yang ditetapkan.
Lebih lama jika masih ada penghuni.
Cat, pembersihan dan pembaikan asas.
Sedikit bawah harga pasaran supaya cepat laku.
Ilustrasi pendidikan sahaja, diadaptasi daripada contoh pengiraan dalam webinar Erman Taib. Bukan jaminan keuntungan. Harga, kos, cukai dan tempoh sebenar berbeza bagi setiap hartanah; pasaran juga boleh bergerak ke arah sebaliknya.
Disusun mengikut urutan sebenar seorang pembeli: faham, kira, semak, bida, kemudian bertindak.
Sabtu, 14 November 2026
LACA vs Non-LACA, harga rizab, deposit, POS/COS, mitos dan fakta.
DSR, CCRIS/CTOS, pra-semak loan, deposit, kos sampingan dan had bidaan anda.
Carian hak milik, kaveat, sekatan kepentingan, tenure, tunggakan, rumah berpenghuni atau kosong.
Due diligence, persediaan deposit, pendaftaran, bidaan, penyelesaian baki harga dan garis masa.
Ahad, 15 November 2026
Carian listing, semakan dokumen, daftar akaun, demo aliran bidaan dan tindakan selepas menang.
Latihan berkumpulan: POS Detective, kiraan kos, analisis risiko, keputusan bida atau tarik diri.
Simulasi bidaan penuh, tanpa transaksi wang sebenar.
Saringan pembeli, padanan hartanah, semakan loan dan sokongan peguam, mortgage serta auction specialist.
Jadual tentatif dan tertakluk kepada perubahan oleh penganjur.
Tiga latihan yang meniru keputusan sebenar seorang pembeli lelong.
Anda diberi dokumen Proclamation of Sale contoh dan perlu mengesan sendiri syarat penting serta tanda bahaya sebelum fasilitator mendedahkan jawapannya.
Harga bidaan bukan satu-satunya kos. Anda akan mengira deposit, kos guaman, duti setem dan kos tersembunyi, kemudian menetapkan harga siling anda sendiri.
Rasai sendiri suasana bidaan dalam simulasi penuh, termasuk saat paling sukar: berhenti apabila harga melepasi had anda.
7 modul, daripada asas lelong hingga menang bidaan.
Nilai RM688POS Detective, Auction Cost Challenge & Mock Auction.
Nilai RM297Nota, rujukan dan templat untuk diulang kaji.
Nilai RM99Carian hak milik
Kaveat & sekatan
Tunggakan
Status penghuni
Senarai semak sebelum sebarang bidaan.
Nilai RM49Deposit 10%RM ___
Guaman & setemRM ___
Baik pulihRM ___
Harga silingRM ___
Kira kos sebenar dan had bida setiap hartanah.
Nilai RM79Saringan pembeli, padanan hartanah & semakan loan (pilihan).
Nilai RM19996 muka surat, 18 modul panduan pelaburan lelong.
Nilai RM49Untuk peserta yang menghadiri kedua-dua hari.
TermasukMasterclass bersemuka 2 hari (7 modul)RM688
3 latihan praktikalRM297
Digital starter kitRM99
Due diligence checklistRM49
Bidder cost worksheetRM79
Sesi susulan pasukan LRL (pilihan)RM199
BONUS: eBook “Edisi Lelong”RM49
E-sijil penyertaanTermasuk
Jumlah nilaiRM1,460
Yuran andaRM370
Mahu rumah pada harga yang munasabah dan ingin tahu sama ada lelong sesuai untuk anda.
Sudah ada lokasi idaman dan mahu membandingkan pilihan lelong dengan pasaran biasa.
Mahu menambah hartanah dalam portfolio dengan cara yang lebih tersusun dan berdisiplin.
Pernah nampak iklan lelong tetapi tidak pasti bagaimana prosesnya berjalan.
Bukan untuk anda jika anda mencari “jalan pintas kaya cepat” atau mahu seseorang membuat keputusan pembelian bagi pihak anda. Kami tidak menjanjikan untung puluhan ribu atau kelulusan pinjaman. Kami ajar anda menyemak sebelum membida.
Erman melihat lelongan dari kedua-dua belah meja: sebagai pelelong berlesen yang mengendalikan lelongan, dan sebagai pelabur hartanah lelong. Pesannya kepada pembeli baru: “Jangan terus beli sebab ingat masuk lelong confirm murah.”
Menyampaikan modul teras, mengendalikan latihan praktikal dan membantu peserta yang memilih untuk mendapatkan sokongan susulan.
Modul 1–4, 6 & 7Menerangkan cara mencari listing, menyemak dokumen, mendaftar akaun dan aliran bidaan di platform BidNow.
Modul 5Tempat untuk kisah pembeli sebenar: jenis hartanah, cabaran, apa yang disemak, hasil.
Tempat untuk kisah pembeli sebenar.
Tempat untuk kisah pembeli sebenar.
Sesuai. Modul 1 bermula daripada asas: apa itu lelong, beza LACA dan Non-LACA, harga rizab dan deposit. Anda tidak perlu pengetahuan awal.
Ya, malah ini masa terbaik. Modul 2 mengajar anda menyemak DSR, CCRIS/CTOS dan anggaran kos supaya anda tahu bajet sebenar sebelum mula mencari. Program ini tidak menjanjikan kelulusan pembiayaan.
Biasanya tidak, kerana hartanah lelong dijual secara “as is where is”. Dalam kelas, anda belajar cara menilai lokasi, keadaan luaran, status penghunian dan anggaran kos baik pulih sebelum membuat keputusan.
Boleh hilang, bergantung pada syarat jualan. Sebab itu Modul 2 mengajar semakan DSR, CCRIS/CTOS dan had bidaan sebelum hari lelong. Kami tidak menjamin kelulusan pinjaman.
Pengosongan perlu melalui proses undang-undang dan ada kosnya. Anda belajar cara menyemak status penghuni dan memasukkan kos itu ke dalam kiraan sebelum membida.
Lelongan yang sah melalui proses rasmi dengan dokumen POS/COS. Anda akan belajar cara menyemak dokumen dan saluran lelongan yang sah, termasuk platform seperti BidNow.
Tidak. Semua bidaan dalam kelas adalah simulasi untuk latihan sahaja. Tiada transaksi wang sebenar.
Tidak. Sesi susulan bersama pasukan LRL dan pendaftaran akaun BidNow adalah pilihan anda sendiri.
Di Pejabat QHomes, Sabtu dan Ahad 14–15 November 2026, 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut akan dihantar selepas pendaftaran. Lihat maklumat →
Telefon pintar untuk demo dan latihan BidNow, serta alat tulis. Bahan latihan disediakan.
Tidak. Masterclass ini ialah latihan berbentuk pendidikan umum. Untuk kes individu, dapatkan semakan daripada profesional yang berkelayakan.
Yang membezakan pembeli yang untung dengan yang terlepas peluang ialah persediaan. Dua hari, satu kali yuran RM370, dan anda tahu apa yang perlu dibuat untuk bidaan pertama anda.
Saya Nak Jadi Lelong Hunter →Lelong Hunters' Masterclass ialah program pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan, guaman atau kewangan. Maklumat lelong boleh berubah; sentiasa rujuk POS/COS terkini dan buat semakan sendiri sebelum sebarang transaksi. Kelulusan pembiayaan tidak dijamin. Simulasi bidaan dijalankan tanpa wang sebenar. Jadual dan pengisian tertakluk kepada perubahan oleh penganjur.